Selasa, Julai 13, 2010

Kejujuran

Hubungan antara 2 insan berlainan jantina amat rumit andai tidak disertakan dengan kejujuran & keikhlasan.... Pada peringkat awal nye..tdk perlu ditanya atau di persoalkan kejujuran dan keihkhlasan pasangan..tetapi bertanyalah pada diri sendiri...tanya lah pada hati, dan berdoalah agar jawapan hati disertakan keredhaan Allah....1) untuk apa kamu berkasih....2)kenapa kamu berkasih dengan nya...3)apa yang tak akan hilang andai hubungan kamu tak kesampaian....4)kemanakah hubungan itu ingin kamu arah kan...dan soalan terakhir yang kamu perlu jawab dengan jujur bagi diri mu sendiri adalah....5)benarkan keinginan kamu bersama nya kerana memenuhi keimanan mu atau sekadar memuaskan nafsu atau kehendak dunia tetapi tdk jelas keperluan akhirat.....insyalah, andai jawapan yang hadir dalam hatimu adalah +ve krn agama mu..maka teruskan lah...jgn diragui lagi....kerana ini lah perancangan manusia yang inginkan akhirat...andai panas tak sampai ke petang, gerimis di tengah hari, cari lah hikmah dan pengajaran bagi setiap itu, kerana Allah tidak sesekali akan membebankan hamba Nya dengan hal2 yg tidak mampu utk mereka tanggung....

Terasa seperti ditikam hati ini apabila mengetahui sebuah kejujuran yang pahit, tapi hati ini seperti dilenyek sampai lumat apabila mengetahui bahawa diri ini ditipu secara terang...