Ahad, Julai 08, 2012

Update Status Facebook (FB)

Hampir setiap hari kita membuka laman sosial yang dipanggil FB atau Facebook.  Maka setiap hari jua lah kita membaca dan mengetahui perkembangan sahabat-sahabat yang dekat dan jauh, yang dikenali secara nyata dan maya. Ada yang mengupdate kan aktiviti harian, luahan perasaan, kata nasihat dan pelbagai lagi. Bahkan ada yang menjadikan FB sebagai alat pemasaran. Disini bukan nak bicara pasal FB sebagai alat pemasaran tetapi nak berbicara hal yang agak sering dilakukan semua org,,,, iaitu luahan perasaan dan aktiviti harian.

Ok, pada pendapat diri ini x salah kita mengupdatekan status dengan 2 perkara ini. terutama aktiviti harian. 

Sebagai contoh: "Saya sekarang berada di cameron higland bersama suami tercinta"...tutup dpt komen dr kenalan yang dah lama x jumpe, time kita kawen pun dia x datang. komen bunyi mcm nie.. " serius ko ada kat cameron nie, aku duk sini..meh lah datang luch kat umah."  Waaa.... dapat rapatkan balik ukhwah disamping makan free... SUKA..SUKA..SUKA..

Maka, jangan lah segan silu nak update status aktiviti anda asal kan ia tdiak ter'over'.. yelah meyampah lak org tgk nant kalu dah setiap jam update aktivi... kadang kala status aktivi yang terover update nie mengundang bicara x elok dari insan lain. Jangan kerana kita org lain buat dosa, secara tak langsung kita pun dosa kan.

Bagaimana pula dengan status yang berkaitan luahan perasaan. Jika luahan perasaan berkaitan isu semasa dan bahasa yang digunakan adalah sopan, tak salah. Malahan mungkin kita mengajak insan lain turut untuk prihatin dengan isu semasa, terutama tentang dunia ISLAM. Tapi jika update luahan perasaan berkaitan ketidakpuasan dalam suatu perhubungan...AMAT TAK ELOK...BUAT DOSA LAGI ADALAH..kenapa saya kata buat dosa..kalu kita x puas hati kat some1 dan update status ttg itu di FB... kita secara tak langsung dah mengumpat dia..lepas 2 ajak org lain mengumpat..bertambah2 dosa... Orang yang tak tahu cerita jadi tahu cerita...abis 2 mcm mana hubungan nak kembali jernih. fikir2 kan lah...

Seeloknya status FB di update mengandungi kata2 peringatan dan nasihat...

Sekian leteran hari ini....

Idea asal: Mr.Y
Olahan : Naimy Art

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen yang baik-baik