Rabu, September 26, 2012

IMAN


Melihat kepada tajuk pasti sudah ramai yang faham apa yang hendak diperkatakan dalam catatanku kali ini. Bukan ingin bercerita tentang perhimpunan aman atau bantahan aman yang di anjuerkan oleh pihak-pihak tertentu atau rusuhan serta pembunuhan yang dilahukan oleh mereka yang marah dan tidak puas hati apabila Kekasih Allah dihina dan diperkecilkan. Apa yang ingin dicatat adalah tentang adalah bagaimana Rasulullah bereaksi apabila dihina dan diherdik.

Alhamdulillah, sempat juga beli majalah IMAN sementara menunggu untuk menaiki pesawat balik ke Sibu… Banyak isu menarik dalam keluaran kali ini. Antaranya: Siapa golongan Utrujah, Raihanah, Kurma & Peria… 12 sifat sahabat sejati…. Ada apa dalam kaabah… Dan yang pang menarik adalah bermaafan agar pahala tidak dicuri serta kisah Rasulullah benarkan yahudi tinggal di rumahnya…

Setelah dibaca dan difahami, maka terfikir akan situasi semasa dimana umat islam diserata dunia melakukan pelbagai cara untuk menyatakan kemarahan dan ketidakpuasan hati apabila filem anti-Islam Innocence of Muslims dan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW dalam majalah Perancis, Charlie Hebdo disiarkan. Lupakah kita kepada saranan Allah dan rasulnya, menahan kemarahan dan memaafkan kesalahan adalah lebih baik.

              “Sesiapa memaafkan kejahatan orang dan berbuat baik kepdanya, maka pahalanya dijamin oleh 
              Allah dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada 
orang-orang yang berlaku zalim.” (Surah Al-syura:40)

Masih ingat kah kita akan kisah Rasulullah dan perempuan tua. Perempuan tua yang selalu mengganggu perjalanan Rasulullah untuk berdakwah. Tetapi Nabi Allah ini tidak pernah memarahi perempuan tua itu, bahkan apabila perempuan itu sakit, Baginda pergi menziarahinya. Dalam IMAN edisi kali nie ada lagi satu kisah tentang sifat rasulullah yang satun… Boleh baca di m/s78, IMAN Bil No.7…

Ini contoh saja... edisi 7 gambo lain...
Secara ringkas dari pembacaan dan pemahaman yang tak seberapa.. apabila dihina dan diherdik… Rasulullah membalas dengan budi pekerti yang terpuji.. tidak dimarahi, tidak dibunuh atau dikasari pesalah tersebut. Tetapi dia membalas dengan nasihat dan perlakuan secara sopan. Ini tidak bermakna Baginda bukan seorang yang tidak tegas… Sikap tegas tetapi lembut.. itulah yang kita sekrang sukar lakukan, malah mungkin tidak tahu bagaimana untuk melakukannya…

Sekian untuk kali ini

Naimy Art

Khamis, September 13, 2012

Jane Jamilah

Cerita carekarama kat TV3 sabtu lepas....

Layan sinopsis dia dulu....

Jane Jamilah mengisahkan seorang isteri yang terpaksa menjadi pelajar kolej semula semata-mata untuk mengintip suaminya yang mempunyai kekasih baru iaitu seorang pelajar kolej.

Adegan mengintip itu menimbulkan kelucuan antara mereka bertiga. Ceritanya mengisahkan Jamilah (Sofia Jane) adalah seorang kolumnis yang selalu menghabiskan masa bersama kawan-kawannya, Has (Amyza Adnan) dana Aziah (Shiela Rusly).

Pada masa sama, dia juga terlalu fokus kepada kerjanya sehingga mengabaikan hubungannya dengan suami, Khalid (Shamsul Ghau Ghau) yang memerlukan perhatian daripadanya, menjadikan hubungan mereka dingin.

Ketika Jamilah sibuk mahu menyiapkan artikel terbarunya, dia kekeringan idea lalu mengajak Has dan Aziah keluar membeli-belah bagi melepaskan tekanan. Namun tekanan Jamilah semakin bertambah apabila dia terserempak dengan Khalid bersama-sama perempuan muda. Jamilah tidak mahu bersikap terburu-buru dengan menyerang mereka.

Baginya sebagai orang yang terpelajar, dia harus mendekati kekasih suaminya itu. Jamilah mendapat maklumat melalui facebook, kekasih suaminya itu masih menuntut di kolej dan menjalani praktikal di pejabat suaminya. Bersama dua rakan baiknya, Jamilah menggunakan nama samaran Jane kembali ke kolej untuk mengambil kursus jangka pendek dengan tujuan untuk mengenali kekasih suaminya yang bernama Diana (Hanez Suraya) itu dengan lebih rapat.

Walaupun hatinya sakit apabila Diana menceritakan perihal keintiman dia dan suaminya, namun Jamilah mula menyedari dia sendiri tidak mengenali suaminya seperti Diana. Sejauh manakah kesabaran Jamilah dalam menangani masalah rumah tangganya ini. Adakah dia akan mengalah?

Kesudahan nya.... Jamilah menang tanpa menjatuhkan maruah Diana, sudah pasti Diana mengalah.

Aku tengok ceta nie dengan Mr.Y... Habis cerita, Mr.Y buka mula tanya soalan cepu tak emas " Kalau saya buat macam husband Jane tu2, awak akan ikut cara siapa... Jane ke aziah?"  Pergh!!!! mmg mencabar soalan nie.. nak ikut cara siapa ek... Sekarang belum kena, boleh lah jawab dengan penuh yakin dan bersemangta... "Mestilah ikut cara Jane."   Tapi kita x tahu bila dah kena macam mana kan... hehehe....  " Ya Allah, mintak jauh-jauh lah dari masalah sebegini.... Semoga Allah tetapkan hati Mr.Y agar tak buat benda nie."  

Lepas Mr.Y  ckp lagi, "taw tak kenapa husband Jamilah cari lain, pasal dia dah kawen & bekeluarga tapi mcm bujang. Kalau isteri tahu jaga suami, buat suami rasa sentiasa diperlukan dan bekeluarga... tak lah suami cari lain."  Waalaupun seorang suami mencari wanita lain akibat isteri yang lupa tanggungjawab tetapi dia tetap sayang isterinya. Jika masih sayang pasti lah sukar untuk menceraikan isterinya. 

Kebanyakkan ulasan penonton menumpu kepada jane, mmg banyak pengajaran yang dapat kita perolehi daripada watak jane... tapi watak diana apa kurang nya. Jika kita belum berpunya, adalah lebih baik kita mngelak daripada mengacau suami orang. 

Nak ceta byk lg...tp baby dah bangun kacau...


Rabu, September 12, 2012

Raya Tour..


Jika tahun lepas kami beraya berdua dan tidak pulang ke terngganu. Tahun ini kami sekeluarga beraya bertiga dan balik ke terengganu. Buat pertama kalinya  rumah mohd yusof tukang jahit beraya dengan cucu. Maklum lah, sebelum nie mana ada cucu. Maka semua fokus menuju kepada cucu lah ye... semua mak sedar, pak sedara n tok toki nak bergambar...

Berikut antara gambo di terengganu...










Sabtu, September 08, 2012

Jadaual CD selepas Ramadhan...

Salam, tak jawab dosa.... ok lah bukan nak cerita apa pun...just nak bercerita pasal jadual pemakaian CD kat baby humaira... Sebenarnya, humaira akan pakai CD 3 hari dalam seminggu... Tapi itu sebelum raya lah.... Bila raya mula...pemakaian CD nie terus tak di laksanakan....

Kenapa humaira hanya pakai CD 3hari seminggu, sebab aku bekerja 3hari dan 1hari lagi kami sekeluarga akan keluar jalan2 mencari barang keperluan rumah. Jika berada dirumah tiada masalah untuk aku pakaikan CD pada humaira. Tapi bila hantar ke pengasuh, dan tengok pengasuh pun ada jaga budak2 lain jugak, makanya kami suami isteri membuat keputusan pakaikan DD aja kat humaira, sebagaimana yang diminta oleh pengasuh nya.... Alhamdulillah pakai CD mmg dapat jimatkan perbelanjaan DD humaira, sebulan 1plastik DD x abis.

14 ogos 2012, kami sekeluarga pulang ke Kg. Baru untuk menyambut hari raya di Terengganu. Dalam kiraan kami akan berada di semenanjung lebih kurang 2 minggu,,, Untuk tempoh itu juga, Humaira tidak menggunakan CD. Apa jadi bila sering pakai DD jer?
  • Kos beli DD bertambah
Jika sebelum nie, 1 plastik DD tak abis, time raya terpaksa beli lagi 1plastik pasal tak cukup... huhuhu... jadi perbelanjaan untuk lampin baby pun bertambah musim perayaan...
  • Perasaaan malas bertambah
Bila dah pakai DD niekan...rasa malas nak tukar setiap pagi menjelma..pagi syiok tido maa...  Kadang2 baby pakai lampin dr pukul 8 mlm sampai kul 10pg... mmg berat giler lah lampin nyer. Bukan setakat malas nak tukar lampin. Nak basuh Baju baby pun jadi malas.. Dah lah x bawak balik baju baby, nak tak nak kena basuh jugak. (kami memeng tak suka bawak balik barang banyak...nampaknya sekarang kena banyak bawak brg baby, jika dulu balik kg...1 begpack dah cukup utk letak brg serta pakaian kami berdua, skrg keperluan baby dan pakaian baby dah guna 1beg pack...huhuhu)
  • Kulit baby menjadi kemerahan
Apabila malas nak menukar, maka berlaku kelembapan yang berpanjangan di kulit baby, merah lah kulit humaira. Mr. Y pun tegur lah, dengan ayat yang agak menakutkan perasaan setiap yang bergelar ibu... "kenapa tak tukar, nant dia sakit..awak jugak yg susah...." hihihi... sejak itu, Mr. Y rajin bertanya, pamper baby dah tukar...kdg2 aku saja tunggu dia tanya...sbb nant dia yg akan tukarkan..hihii.. Tapi adakalanya, dia check sendiri terutama jika aku tertdo atau nampak terlalu penat... yelah BF mommy kan...


p/s: ari nie nak g cari CD cover baru untuk humaira lah...satu dah bg kat mok da...pasal dah x muat humaira nak pakai...Insyalah minggu depan akan pakai CD balik...*ummu & abi belum cukup kaya nak bg humaira pakai DD selalu, lagi pun ummu & abi sayang humaira*

Anda Mungkin Berminat dengan....

Follow by Email