Selasa, Februari 09, 2016

Resepi 15minit

Assalamualaikum...
Suatu petang hana & humaira merasa lapar selepas bangun dari tidur yang panjang. Maka ibu mereka yang sibuk melayan uwais aysar mula memerah otak fikiran bersama pak Google mencari resepi yang simple dan cepat. Inilah nasib ibu beranak kecil. Cari punya cari jupe resepi lempeng moden @ pancake. Jom tengok resepi yang dah diubah suai ikut barang2 yang ada di dapur kami saat itu.

Bahan:
Tepung gandum (1cawan)
Sri kaya (2sudu makan)
Garam (secubit)
Soda bicarbonat (1/2sudu kecil)
Air (secukupnya)

Cara:
Campur semua bahan sehingga sebati, pastikan tak terlalu cair & tak terlalu pekat.
Tapiskan adunan.
Ambil kuali non stick dan panaskan. Setelah panas, tuangkan 1senduk adunan. Apabila adunan berbuih2 boleh diterbalikan. 1-2minit boleh angkat. Buat sqmpai siap.

Apabila Mr. Y balik, dia sapu lempeng dengan kaya lagi.. owh..skali ngap dia cakap sedap mcm kaya ball..hurm... x kisah lah apa nak panggil... yg ptg sedap di mulut ahli keluarga.

Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen yang baik-baik