Selasa, Januari 03, 2017

Keria resepi nenek

Bismillahirahmanirahim.....

Mulakan bicara dengan nama Allah. Beberapa hari lepas kakak ipar buat kuih keria menggunakan resepi mertua lah yang pasti. Anak-anak panggil resepi nenek. Hasil kerianya amat menyelerakan.

Apabila mertua call husband dan bercerita tentang keria, Ya, Allah dapat dengar bertapa gembiranya dia menceritakan. Mungkin gembira makan hasil tangan anak sendiri. Dan aku merasa alangkah untungnya mereka yang dapat mengembirakan ibubapa sendiri.

Ya, Allah berilah kami peluang mengembirakan ibubapa kami sebagaimana mereka mengembirakan kami saat kecil.

Aku pernah ditanya oleh Mr.Y, jika ditakdirkan kami terpaksa berpindah ke KL dan perlu menjaga orang tua. Adakah aku sanggup untuk menjaga mertua sebagaimana cik menjaga tok dan toki? Ya Allah susah nak jawab soalan ini. Jawapan sekarang mungkin ya, tetapi jika menghadapinya nanti adakah sabar dan tabah. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen yang baik-baik