Sabtu, Oktober 28, 2017

Magic Easy Clean

Magic Easy Clean adalah "multipurpose cleaner'. Kegunaan dan kelebihan bolehlah baca pamplet yang disediakan. Untuk tempahan dan pertanyaan hanya  klik FB Magic Easy Clean.

Kisahnya:

Beberapa minggu lepas owner whatsapp mintak buat design stiker untuk produk baru dia. Aku pun tanyalah detail produk dan saiz stiker dia nak. Bayangkan dia kalau boleh nak siap design stiker dalam hari yang sama. Memandangkan waktu dia whatsapp aku lagi sibuk dengan anak-anak, aku bagitahu waktu rehat mengajar KAFA aku buat. Kebetulan hari itu ada KAFA kan, kalau tidak, aku kena bagitahu malamlah aku buat. Buat pun guna apps 'picsart' dekat telifon sahaja. So hasil stiker berpuas hati. Itu yang dekat botol tu ya lah.

Apabila aku cerita tentang produk ini dekat Mr.Y dan tunjuk gambar yang dah dibuat, maka terus Mr.Y mintak beli. Aku pun bagitahu lah untuk pos sebotol ke sibu. Bila nak bayar dia kata tak payah lah, hadiah tolong design stiker. Yeay....

Cun dah dlm keta Mr.Y, hilang kesan percikan air coklat anak-anak di bumbung kereta.

Bahagian dalam bumbung kereta.

sinki
 p/s: owner ini adalah adik aku, sebab itu aku tak ambik bayaran untuk design stiker sebagai tanda sokongan awal perniagaan dia jalankan. Lagi pun adik aku ini selalu jugak bagi job dekat aku since ktorg ada minat yang sama iaitu ambik gambar. Bezanya dia ambik gambar orang kawen. So kalau customer dia nak photobook skali, dia akan bagi aku untuk buat. Bukan suka-suka design free ye....hihihihi


Photobook Weeding Sarah & Tahfiz

Ini adalah photobook perkahwinan yang tertunda. Pasangan pengantin telah menempah photographer bersama pakej album gambar sekali. Photo-photo yang diterima ada yang telah di edit dan ada yang masih raw. Apa pun photographer tersebut memang pandai shoot gambar sebab walaupun gambar tidak diedit ia tetap menangkap kalbu. Pasangan pengantin adalah anak kepada cikgu humaira dan telah melangsung perkahwinan pada bulan mac 2017. Nak dijadikan cerita, aku dan Mr.Y  decide nak bagi photo mug untuk hadiah hari guru kepada cikgu-cikgu humaira. Apabila dapat photomug yang diedit gamba sewaktu Mr.Y bagi ceramah dekat sekolah, cikgu-cikgu tanya, dekat mana buat. Maka aku bagi tahu, aku buat sendiri sebab aku buat service edit gambar dan cenderahati. Aku beri contoh photobook family yang kebetulan memang ada dalam kereta.

Tak berapa lama cikgu kakak bagitahu dia nak buatkan photobook untuk majlis kahwin anak dia, memandangkan album gambar yang diperolehi adalah sticky album. 



Tema: Heart Warming 
Type: Fullwrap Hardcover with Box
Page: 40pages
Size: 16" x 12"

Bajet 2018-Bantuan Khas Guru KAFA

Tanggal 27 Oktober 2017, jam 3.00 petang, Perdana Menteri Malaysia selamat membentangkan bajet 2018.
 
Antara perkara yang menarik bagi aku pada bajet kali ini adalah bantuan khas Guru KAFA & Takmir, Imam, Bilal dan Siak sebanyak RM1500. Pembayaran secara one-off iaitu RM1000 pada januari 2018 dan RM500 sebelum aidilfitri 2018. Sepanjang aku menjadi guru KAFA iaitu hampir 7tahun, ini adalah kali pertama bantuan khas untuk guru KAFA diberikan. Alhamdulillah. Boleh belanja buat beli barang baby nanti...

Jumaat, Oktober 20, 2017

Bintulu 2017

Setelah hampir 7 tahun duduk di sibu, baru tahun ini berpeluang ke Bintulu, Sarawak.Sebenarnya ini bukan percutian tapi sekadar menemani Mr.Y yang terpaksa kesana atas urusan kerja. Ye lah last week Mr.Y dan kursus hampir seminggu di Melaka & KL, minggu ini urusan kerja di Bintulu, Insyalah minggu depan ke KL untuk kursus lagi.  Mr.Y tanya sama ada nak ke bintulu or ikut balik KL. Maka kami memilih untuk ikut saja Mr.Y ke bintulu kerana belum pernah sampai dan kena pada waktu cuti sekolah.

Kami bertolak selepas zohor hari ahad dan pulang selepas zohor hari rabu. Kira 4 hari 3 malam. Oleh kerana pergi menemani orang atas urusan kerja, maka kami hanya sempat ke pasar tamu bintulu dan pusing-pusing bandar bintulu.

Sebelum keluar makan malam...bergambar dulu.... New World Suites

Singgah pantai sebelum bertolak balik...

Dua budak yang nak sangat tengok pantai...



Cash out Lagi



Ini adalah royalti terkumpul dari printcius yang belum di keluarkan. Patut lah semalam rasa gatal je tangan kanan..ada duit masuk rupanya.

Ini salah satu cara saya menjana pendapatan pasif. Sudah 2 bulan lebih saya tak upload dan create produk baru, tetapi kedai online sentiasa terbuka. Terima kasih kepada Printcious Gifts kerana menyediakan pentas untuk saya terus berkreatif dan berimaginasi.
 
 

Khamis, Oktober 19, 2017

"First Beauty Box Giveaway by Us with Love ❤"

Assalamualaikum....

Giveaway First Beauty Box Giveaway by Us with Love ❤ dianjurkan oleh MellyaMrs Pip, Shafyqah, AiraSyahirahValiant, dan  Siqahiqa....

http://mellyacrayola.blogspot.my/2017/09/first-beauty-box-giveaway-by-us-with.html#more


Walaupun aku bukan kaki make-up tapi hadiah yang ditawarkan memang menarik. Beauty box bernilai RM250.

Syarat-syarat pernyertaan :
Follow Mellya dan para sponsors;

Follow Instagram:

Like page:
   
 
url giveaway banner: https://3.bp.blogspot.com/-d5TGkuzDknI/WcC0Ub3kPvI/AAAAAAAAGag/bErUAxw7j0UMxq7DSNa9jNWjYTapskQiwCLcBGAs/s1600/first%2Bbeautybox%2Bgiveaway%2Bby%2Bus.jpg
 
 
Done follow semua akaun media sosial penganjur yang dinyatakan di atas... 
SOCIAL MEDIA SAYA
Syarat terakhir peserta giveaway perlu letakkan link social media dalam entri ini. Untuk pengetahuan pihak penganjur, saya follow melalui akaun berikut :
IG : ladyinredplanner
IG : @yamanaimy



Facebook : Sis LZ
Facebook : Nor Aini

1st ANALIFESTYLES GIVEAWAY

Assalamualaikum 
 
Lama dah rasa tak join giveaway anjuran rakan-rakan blogger.... Maka meraikan giveaway pertama oleh sahabat blogger ini, saya join untuk memeriahkan majlis.
 
Syarat-syarat yang dikenakan juga sangatlah mudah..

1st-analifestyles-giveaway

1. Follow blog Ana -> https://raihanalifestyles.blogspot.my
2. Like Facebook Ana ->  CUCKOO-PAGE
3. Follow Instagram Ana -> @raihanaramlan
4. Repost entri ini dan tinggalkan url post anda di ruangan komen di [SINI]..

Saya sudah penuhi semua syarat-syarat semudah A..B..C..

HADIAH
Beg Makeup x 3 
Buku Nota Comel x 2 
Hadiah Special untuk peserta awal & akhir..

TARIKH TUTUP
Tidak pula Ana nyatakan, jadi cepat sertai sebelum terlambat!


Khamis, Oktober 05, 2017

Bila anak bertanya: Kenapa Allah bagi kita sakit?

Anak-anak kecil memang banyak persoalan.

Minggu lepas kakak humaira main pisau, lain yang disuruh ambil, lain yang dibuat. Asal hanya suruh ambil cawan atas rak, memandang dia tinggi dan adik tak sampai. Bila masuk rumah dia tutup tangan, maka naluri seorang ibu muncul dan bertanya. Teknik nak bertanya pun kena ada sebab dia akan menafikan atau mungkin menyembunyikan jika salah tanya.

Sebelum bertanya aku akan cakap terima kasih dan puji atas kerajinan dia tolong ambil cawan. Selepas itu kita akan tanya apa perasaan dia dapat tolong, lain kali nak tolong lagi tak dan soalan last selain ambil cawan kakak buat apa lagi. Sebelum jawab dia tanya kita balik, "kalau kakak bagitahu ummu, ummu marah tak?" hahaha..bila dia tanya macam itu dah dapat kesan mesti ada kesalahan. Tapi jangan terus marah. Nanti anak takut nak bercerita dan mengaku. Apabila ini terjadi sukar untuk kita didik dan fahamkan dia kenapa tak boleh ulangi kesalahan tersebut. Lagi teruk jika dia mula berjinak-jinak untuk  menipu kerana takut kena marah. Apa yang aku buat, aku cakap "kenapa ummu nak marah kalau kakak tak buat salah, kalau kakak buat salah ummu akan tegur jika itu kesalahan pertama, tapi kalau kesalahan yang sama berulang , baru ummu marah dan kena denda macam dekat sekolah. Bila kena denda kakak tak boleh menangis atau marah ummu sebab bukan ummu saja-saja nak denda, ummu nak kakak ingat apa yang kakak buat itu salah dan tak boleh ulang lagi. Ok sekarang ceria apa kakak buat tadi." Maka dengan muka bersalah dia cakap, "tadi masa ambil cawan kakak ambil pisau juga. Kakak nak cuba potong bawang macam ummu buat tapi hujung dia kena jari kakak." Maka kita rawat lah tangan dan nasihatlah kalau nak masak tunggu ummu ada sama, nanti ummu ajar cara pegang pisau dan bawang dengan betul.

Soalan lepas itu aku terpaksa menggunakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Soalan dia "UMMU, KITA SAKIT SEBAB ALLAH BAGI KAN? ADIK DENGAN HANA BATUK, DEMAM DAN SELSEMA SEBAB ALLAH BAGIKAN. KAKAK SAKIT BERDARAH TANGAN PUN SEBAB ALLAH BAGIKAN. KENAPA ALLAH BAGI KITA SAKIT?"

"Kakak sakit ini ada dua jenis, satu yang memang Allah bagi. Kita tak buat apa-apa pun tetiba kena demam, batuk dan selsema. Kadang-kadang kita dah hati-hati jalan tak lari pun tiba-tiba ada orang lain berlari dan langgar kita, kita jatuh sakit. Itu sakit yang Allah bagi. Allah bagi kita sakit sebab Allahs sayang kita, Allah nak kita sentiasa ingat DIA, Allah nak kita sentiasa solat dan mengaji. Tetapi kakak luka tangan dan sakit bukan Allah bagi, itu kakak cari penyakit. Kalau kakak tak main pisau, mesti tangan tak luka dan tak sakit. Macam tue jugak jika kakak dengar cakap ikut peraturan, insyalah tak sakit. Sakit yang kita cari itu tanda peringatan dari Allah supaya lain kali kita tak ulang lagi."

Alhamdulillah penerangan panjang lebar ummu dia faham, tetapi dia masih tanya satu soalan yang aku terdiam, macam mana nak jawab. "ummu mengandung sakit kan. Itu cari penyakit ke Allah bagi?" Jawapan menyelamatkan diri dan tukar kepada topik lain, "Allah bagi mengandung, dekat sekolah belajar apa?"


Kepentingan Pemeriksaan Perubatan

Kadang-kadang kita rasa kita sudah cukup sihat. Hakikat kita tidak sedar mungkin ada fungsi dalam tubuh yang telah mengalami kemerosotan. Inilah faktor penting kenapa perlu dilakukan pemeriksaan perubatan secara berkala. Kalau tak mampu buat enam bulan sekali, setahun sekali sudah memadai. Jika kita dapat kesan apa-apa masalah dari peringkat awal insyalah lebih mudah untuk merawatnya. Kita sering mendengar pepatah mengatakan bahawa mencegah itu lebih baik dari merawat. Kenapa iya? Dari segi menjalankan permeriksaan perubatan ia adalah kerana:
  1. Kos wang melakukan pemeriksaan perubatan secara berkala adalah lebih murah berbanding dengan kos merawat penyakit dan ubatan yang mungkin terpaksa ditanggung setiap bulan.
  2. Bebanan atau skala kesakitan yang bakal dialami pada peringkat awal tidak seteruk apabila penyakit telah menjadi kronik.
  3. Masa yang diperuntukan untuk melakukan pemeriksaan perubatan hanya 2 kali setahun sedangkan masa yang bakal diperuntukkan untuk merawat adalah setiap bulan atau sekurang-kurang 3 bulan sekali.
  4. Bilangan ubat yang terpaksa ditelan, jika penyakit dikesan pada peringkat awal bilangan ubat tidak sebanyak yang dikesan pada peringkat kronik. Mungkin tiada ubat yang perlu ditelan sekadar mengawal pemakanan.

Kita berusaha untuk menjaga tubuh badan sebaik mungkin tetapi yang menentukan kebahagian, kesejahteraan dan kesihatan kita adalah hak milik mutlak Allah. Jika segala langkah terbaik telah diambil dan diamalkan tetapi kita masih dilanda masalah kesihatan, maka redha dan bersyukurlah kerana itu tanda Allah sayang.