About

Kenapa Yamanaimy 
 
Yamanaimy adalah gabungan nama Yaman dan Nor Aini Mohd Yusof. Penubuhan blog adalah sebagai tanda permulaan kisah rumah tangga penulis dan suami.

Tujuan Blog

Penubuhan blog ini adalah bertujuan sebagai catatan pengalaman serta pandangan dari penulis.

Latar Belakang  Penulis 

Anak ke-empat daripada tujuh orang adik-beradik. Anak kepada pasangan tukang jahit yang berasal dari Kuala Terengganu. Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pulau Rusa dan Sekolah Menengah Agama Khairiah. Sterusnya melanjutkan pengajian peringkat Matrikulasi di Kolej Matrikulasi Kuala Pilah dalam bidang sains hayat. Akhirnya meneruskan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Kesihatan Persekitaran dan Kepujian di U.KM

Pernah bekerja sebagai Penolong penyelidik di jabatan optometris, UKM dan pegawai penyelidik (kontrak) di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR). Mengambil keputusan untuk mengikut suami menetap di sibu setelah berkahwin. Inilah titik permulaan berniaga secara online.

Minat pada bidang photography dan design membawa kepada tertubuhnya Naimy Art.

Sekarang merupakan ibu kepada 3 cahaya mata. Di samping menjadi guru KAFA dan menjalankan perniagaan berasaskan design.

 Ikhlas: Aini



2 ulasan:

  1. salam kenal dari blog www.iamfuzy.com

    BalasPadam
  2. ASsalamulaikum ... Salam perkenalan Sis. Semoga terus update artikel yang bermanfaat ye. Semoga terus sukses.

    BalasPadam

Sila komen yang baik-baik