Memaparkan catatan dengan label naimyart. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label naimyart. Papar semua catatan

Jumaat, Disember 13, 2019

“Ya Allah, I know this is your plan just help me through it.”



Ini adalah entry blog spontan. Sebenarnya hari ini aku banyak edit gambar, bila dah edit rasa nak letak ayat-ayat yang menarik dan bermakna. Maka aku pun google lah mencari yang menarik dan menusuk ke jiwa. Bila dah jumpa...alamak tak kena pulak dengan gambar aku edit. Maka aku edit gambar lain yang sesuai dengan ayat itu. Ayat nya adalah,

When you don’t understand what’s happening in your life, Just close your eyes, and take a deep breath and say, “Ya Allah, I know this is your plan just help me through it.”

Kenapa aku tertarik dan dan rasa ayat tersebut menusuk kalbu, mungkin kerana ada doa sekali di dalamnya. Lantas terlintas dalam minda aku yang selalunya, manusia akan minta tolong dekat Allah untuk lepasi saat-saat sukar. Tapi sebenarnya kita perlu minta tolong Allah setiap hari untuk lalui kehidupan ini. Saat senang, manusia selalu lupa minta tolong Allah. Sedangkan pada saat senanglah kita mudah menjadi lupa akan nikmat, kita lupa tanggungjawab.

Semoga kita semua tak lupa untuk mengucap syukur dan minta pertolongan Allah untuk kita jalani kehidupan ini seperti yang di syariatkan.

Sabtu, April 01, 2017

Diskaun 40% di Naimy Art Gift Shop


Get 40%* off total purchase with code:
DESIGNERS40
*Terms & conditions apply, does not stack with other discounts
*Valid one time only with minimum purchase of RM80 & above
Potongan istemewa iaitu sehingga 40%.

Macam mana nak dapat diskaun ni?

Cara mudah sahaja. Masukkan kod DESIGNER40 seperti gambar di bawah.




Isnin, Mac 13, 2017

Design Mac Khas untuk Photo Cushion

Dalam kesibukan melayan anak dan mengurus kerja hakikat, diberi kesempatan masa untuk mebuat beberapa design.
Design awal hanya untuk cushion. Insyalah lepas ni akan di pertambah dengan produk lain mengguna design ini.
kita faham kadang kala pelanggang suka design kita tapi tak nak material atau barang tersebut. mungkin dia nak mug tapi design yang dekat cushion.
untuk tempahan dan design2 sebelum ini boleh layari
https://www.printcious.com/my/designers/naimyart

Jumaat, Mac 10, 2017

Hadiah Birthday dari Sibu

Assalamualaikum dan salam subuh.

Ini adalah hadiah birthday yang ummu nie buat khas untuk iyadh, design frame memang buat baru tahu. Semoga apabila iyadh dapat bantal ni, iyadh ingat lah ummu ni yang jauh ni.

Tema hadiah ini adalah kanak-kanak.


Ini pula adalah kejutan buat kakak tersayang. Aku hanya bagitahu yang aku bagi hadiah dekat iyad. Tak bagitahu pun bersama hadiah ada magic mug khas untuk dia. Sebenar nak ambik magic mug warna hitam tapi out of stock pulak. Maka warna maroon pun ok jugak. Tema "classic you", kenapa ye...sebab kakak aku yang nie jiwa klasik sedikit.

Jumaat, Mac 03, 2017

Adakah Syaitan Telah Berjaya Merekrut Kamu? ~t-shirt

Bayangkan anda tengah jalan-jalan, tetiba terlihat sesorang memakai t-shirt begini. Dalam masa yang sama hati anda terdetik untuk membeli barang yang tak perlu, ia sekadar memenuhi nafsu. Agak-agak akan beli tak?


Berminat nak dapatkan t-shirt ni layari