Memaparkan catatan dengan label online shopping. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label online shopping. Papar semua catatan

Isnin, Disember 09, 2019

HappyFresh - pengunaan pertama dapat 20% diskaun dan penghantaran percuma



Assalamualaikum dan selamat tengah malam. Kali ini aku nak kongsi info dan pengalaman yang masih segar dan panas. Al-kisahnya susu Uzayr dah habis, maka aku bagitahu Mr.Y untuk belikan, tapi Mr.Y pula terlalu sibuk kebelakangan ini. Maka aku ambil langkah tolong beli secara atas talian. Asalnya fikir, kalau keluar beli dekat pasaraya terdekat seronok juga, tapi bila fikir balik kena bawa anak-anak sekali rasanya tak terbeli barang. Hampir setiap kali kami pergi beli barang dapur, yang memilih dan mengambil barang adalah Mr.Y, manakala aku pula sibuk mengikut langkah Uzayr. Uzayr dalam proses nak meneroka, maka kalua pergi mana-mana tempat dia akan usaha untuk berjalan sendiri.



Mula-mula aku fikir, alang-alang beli secara atas talian, perlu beli dekat kedai yang ada beri 'cashback'. Maka aku masuklah aplikasi ShopBack. Dalam ShopBack Nampak kategori, maka kita pilih kategori makanan (FOOD), Nampak icon HappyFresh, Apa lagi terus pilih…. Silap aku sini patut kena download Aplikasi HappyFresh dulu kan.. Apabila aku tak download aplikasi HappyFresh maka aku dibawa ke web HappyFresh.

HappyFresh menawarkan banyak pasaraya yang boleh kita pilih. Sebelum kita memilih kedai mana kita nak beli...HappyFresh akan minta kita letak lokasi kita kat mana, kemudian HappyFresh akan senaraikan kedai yang berhampiran kita. Kali ini aku pilih pasaraya Tesco.
Seronok pilih produk dan apabila nak sahkan pembelian baru daftar HappyFresh. Bila dah sahkan pembelian baru aku perasan ada e-mail boucer kod dihantar. Baru lah aku download aplikasi Happyfresh. Syukur sangat sebab personal shopper belum melakukan pembelian maka aku batalkan order yang pertama tapi senarai barang masih ada dalam aplikasi. Jika anda mengalami masalah macam aku nanti jangan risau, HappyFresh akan bantu anda. Arahan yang diberikan pun mudah sahaja difahami.


Maka kali kedua pengesahan kedua pembelian aku masukan kod baucer dan pilih pembayaran secara "Cash on Delivery" atau COD. Aku buka balik shopback, Nampak ada cashback RM2. Kira banyak untung juga lah beli barang dapur hari ini.
Sebelah kiri email kod diskaun, sebelah kanan adalah cashback dari shopback 
Dekat sini aku dah jimat duit parking dan minyak kereta. Selain itu jimat duit dari belanja anak-anak makan. Itu sahaja pengalaman yang aku nak kongsi hari ini.

Ahad, Februari 12, 2017

ShopBack

Salam semua, Hari ni kita bercerita pasal shopback malaysia. Shopback  adalah web shoping online yang agak baru dekat malaysia ni. Menggunakan konsep yang hampir sama dengan web affiliate lain tetapi yang membezakannya ialah web memberi pulangan semula wang atau cashback apabila pembelian dilakukan.
                                                  
selain itu, ia turut menghimpunkan barisan e-commerce players kegemaran ramai. Antara nama-nama besar yang boleh ada kat shopback seperti EnsogoRakutenE-BayASOSAgodaGrouponAli ExpressLazadaQoo 10 & Zalora

Berminat boleh cuba alami sendiri... kami dah mengalaminya...
klik sini untuk alaminya...