Memaparkan catatan dengan label peringatan.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label peringatan.. Papar semua catatan

Isnin, Julai 25, 2016

Renungan aidilfitri 2016

Ini kisah raya kami pada 2016. Hari raya ke-2 uwais masuk wad kerana demam dan tonsil. Bukan hendak bercerita pasal keadaan uwais tetapi hendak bercerita tentang 2 kisah yang boleh diambil iktibar serta pengajaran sepanjang berada di wad KK1 HKL...
Kisah 1
Seorang ibu muda mendodoi anak sambil mendukung ke hulu ke hilir. Dalam masa yang sama mulut sentiasa berzikir. Oleh kerana uwais pun tak dpt nak tdo maka aku pun bawa lah dia berjalan dan secara tak langsung menegur ibu muda ini. Menurut ibu ini saat mengandung tiada masalah. Bayi dilahirkan secara induce akibat terlebih tempoh. Apa yang berlaku selepas kelahiran amat menguji jiwa dan iman seorang ibu. Saat ini lah sokongan suami dan keluarga penting. Terutama sokongan dan rangsangan ahli keluarga. Setelah melahirkan anak, ibu hanya dapat melihat anak untuk pengenalan jantina sahaja. Setelah itu anak terus dibawa ke hospital lain yang ada kepakaran yang lebih baik manakala ibu di tahan di wad akibat berlaku tumpah darah. Mesti anda tertanyakan, kenapa dengan bayi itu. Bayi ini lahir tanpa lubang punggung dan satu buah pinggang. Ya Allah,  berat ujian untuk wanita ini. Selepas hampir 2 minggu baru dapat ibu dan anak bertemu kembali. Itu cerita 3 bulan lps.
Ibu ini menceritakan ramadhan dia kali ini lsg tidak seronok. Aku bertanya kenapa. Jawabnya, kebanyakkan masa dia berada di wad tersebut. Awal ramadhan, pertengah ramadhan dan hujung ramadhan bayi masuk wad akibat demam. Demam berpunca dari punca yang berbeza-beza. Tetapi paling lama bayi berada di wad adalah hujung ramadhan...sehingga seminggu raya masih berada di wad. Sepanjang bayi berada di wad, sepanjang itu lah ibu berada di wad. Jika orang lain beraya dapat merasa juadah raya, baby dpt kumpul duit raya tetapi bagi ibu ini juadah hospital itu lah juadah rayanya dan baby kumpul segala macam antibiotic dan ubat-ubatan.
Pengajaran:
*Bersyukur Allah anugerahkan rezeki anak yang sihat dan sempurna.
*Redha dengan ujian yang sedikit kerana ada yang lebih teruk.
Kisah 2
Anak yatim bernama adam...mula-mula, aku ingat yang menjaga nya adalah kakak dia. Tapi agak terkejut apabila mak bagitahu yang jaga adam adalah penjaga rumah anak yatim. Setelah habis waktu melawat tinggal lah kami penjaga pesakit disini. Malam itu adam asyik mengadu sakit perut. Adam bari berusia 4tahun, apabila di tanya dia hanya mampu menunjukan tempat sakit. Doktor yang datang memeriksa berailih ganti tetapi tiada seorang memberi kata putus. Sehingga akhirnya turun pakar dan mengatakan esok jika sakit masih berterusan mereka akan buat scan. Akhirnya adam tertidur juga akibat kepenatan menahan sakit. Saat adam tidur aku memberanikan diri menegur penjaganya yang bernama fatin. Fatim rupanya seeang cuti dan akan sambung pengajian. Dia korbankan saat beraya bersama keluarga hanya untuk membantu pihak rumah anak yatim menjaga adam di hospital. Semoga allah membalas jasanya.
Keesokan pagi berlaku sesuatu yang amat menyentuh hati kecil ini. Ketika doktor sedang membuat rondaan dan 'review record' pesakit sampai ke katil adam, penjaga pergi ke tandas. Maka doktor hertanya "Adik, mak mana?" Adam diam, doktor tanya lagi, "Raya mak bawak jalan pegi mana?" Adam diam lagi, muka adam saat itu sayu sangat aku nampak. Seterusnya doktor tanya lepada jiran2 katil adam kemana pergi mak adam. Kakak depan katil adam. memberitahu, "doktor dia anak yatim, yang jaga penjaga rumah anak yatim, pwnjaga dia peegi tandas." Muka doktor agak terkejut, mungkin dalam masa yang sama terbit rasa bersalah dalam hati doktor.
Pengajaran:
*Hargai insan-insan yang masih bersama kita, nikmati masa-masa yang ada dengan sebaik mungkin.
*Jangan berkira untuk melakukan kebaikan, tak salah korbankan kegembiraan dan keseronokkan kita demi kemudahan insan lain.
*Hati-hati dalam mengutarakan soalan.

Selasa, April 12, 2016

Tragedi 28/3/2016

Assalamualaikum. Selamat pagi. Pagi ni kita susuri skit kisah tragedi 28/3/2016. Tragedi ni adalah peringatan dari allah buat kami. Jika berada bersama anak-anak jangan sesekali terlalai walaupun sesaat.
Sampai ke KLIA2 dari krabi kami berjalan dengan senang lenang menuju ke tempat kastam dan seterusnya ambil beg. Sambil-sambil jalan kami bermain nyanyi2 dengan hana & humaira. Penat berjalan kami guna kemudahan yang ada iaitu travolatot. Di penghujung travolator hana takut nak melangkah dan jatuh terduduk. Apabila jatuh terduduk tapak tangan mengikut bilah travolator. Mr.Y mengangkat hana dan dilihat tapak tangan berdarah. Terus ditutup dengan sapu tangan dan berlari anak untuk di bawa kecemasan. Mr.Y bertanyakan kepada staf kastam di mana klinik terdekat. Suatu keberuntungan klinik terdekat berada di level 2 KLIA2.  
Sementara Mr.Y bawa hana khadijah ke klinik, yang lain meneruskan aktiviti seperti yang sepatutnya.
Dalam meneruskan aktiviti seperti biasa aku diminta untuk menghubungi Mr.Y bagi mengetahui keadaan hana.  Tetapi aku memilih untuk tidak menghubungi saat itu. Hanya perlu menanti Mr.Y menghubungi aku. Kenapa aku mengambil tindakkan seperti tidak kisah. Kerana aku tak nak menanbah kekalutan Mr.Y saat itu.
Gambar adalah keadaan luka hana.