Memaparkan catatan dengan label tekanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tekanan. Papar semua catatan

Khamis, Jun 09, 2016

Tip hilang tekana @ stress.

Pergi kerja - STRESS 
Bangun pagi untuk pergi kerja, macam-macam hal kena setelkan, siapkan anak-anak yang sekolah, sarapan suami dan anak-anak, hantar anak-anak ke sekolah dan rumah pengasuh. Masuk kerata dalam perjalanan lak jalan jem memanjang, patut dah sampai opis tapi belum sampai.

Sampai tempat kerja - STRESS
Masuk pejabat tengok atas meja fail bertimbun nak kena setel, kawan opis pulak mood pusing-pusing, dapat pulah bos yang pushing.. eh..eh stress lagi...

Balik rumah - STRESS
Nak kena ambik anak, pengasuh dah call suruh cepat, nursery dah nak tutup, Jalan jem lagi.

Sampai rumah - STRESS
Sampai rumah bertambah stress, yang abang nak makan, yang adik nak berak, yang kita apa pun tak siap lagi. nak masak nak basuh baju kemas rumah. sekali baby nak nyusu. Dapat pulak laki yang bila sekali mintak tolong sekali buat, banyak-banyak mintak tolong kena marah. 

Situasi diatas bukan berkaitan dengan saya kerana saya tiada anak yang sekolah dan tak kerja pejabat. Saya buat online biz dan jadi cikgu KAFA je. Tetapi tetap ada tekanan. Cara nak hilang stress yang saya amalkan adalah:
  1. Tanam minat terhadap pekerjaan anda. tak kira lah kerja dirumah atau di tempat kerja.
  2. Cari masa untuk membuat hobi yang anda suka. Macam saya suka mengedit gamba dan photo shoot. Kadang-kadang saya akan siapkan props yang simple dan minta anak-anak menjadi model. tak salah minta dorg pakai cantik-cantik untuk photo shoot dalam rumah. percaya tak, anak-anak pun enjoy aktiviti ni.
  3. Cuba sebaiknya jika ada yang meminta bantuan anda.