Isnin, Julai 25, 2011

PerMata HatI IftiLyanA BasYirAH

Assalamualaikum....

Permata hati iftilyana basyirah adalah tajuk yang diberikan kepada photobook si kecil basyirah. Basyirah, yang lebih suka membahasakan dirinya kakak amat seronok dan xcited melihat photobook nya. Sebelum ini hanya melihat orang lain punya kan...so kat bawah saya sertakan gambar telatah dan gelagat basyirah melihat photobooknya...
Ini lah photobook permata hati

Basyirah dengan photobook barunya...smille always!

Si kecil sedang semangat bercerita tentang gambar-gambar dan apa yang terjadi dalam gambar tersebut. Walaupun  adakala percakapanya masih pelat...ye lah, baru 3 tahun...

Mengamit kenangan,,,,,

Banyak nya gambar kakak...bila nak abis tengak nie....

P/S: sori, lambat update pasal photoobook si kecil...lagi skali maaf pasal ini bukan  photobook "stories of two little princess". 

Rabu, Julai 20, 2011

Copy Paste Nyata kan TQ buat suami...

Salam ukhuwah sahabat ku sekalian...Kalu korg baca petikan dibawah pasti anda tahu dimana ia disebarkan....ye melalui FB...ramai yg buat copy paste..anda? Bukan nak komen apa tp nak ubah skit ke versi bahasa trg...

bhasa oputih:
"My Husband has made me laugh, wiped my tears, hugged me tight, saved my life, watched me succeed, seen me fail, cheered me on, kept me going strong, put up with my mood swings, has said everything will be alright when things get tough, keeps me sane. My husband is a promise from Allah that I'll have a friend forever .. Copy and paste this if you have a great husband like I do."

 versi bahasa ganu:

"Laki ambe wat ambe gelok, kesat air mata ambe hot jura-jura, peluk ambe kemah keming, selamat hidup ambe, tengok ambe jatuh bangun, beri semangat ke ambe, wat ambe rasa lega. Sema dia kata ok je, waima teruk stara mana pun, wat ambe rasa ambe nie waras lg lah. Laki ambe nie janji dr Allah yg ambe ada saing sokmo sapa bila-bila ~dr ambe untuk diri...salin lah kalu diiri ada laki hok baguh mcm ambe"

sekian tema kasih...

Ahad, Julai 10, 2011

Lukisan Sibu 2: Trip ke SK Nanga Bangkit

Jauh perjalanan luas pemandangan, maka bertambah lah kenalan dan pengalaman. 

18.06.11 (5.00ptg) hantar hubby dan cik yam (mak zda) ke airport. Hubby ada kursus kat PD 2 ari. Selepas hantar hubby pegi ke sunway inn ambik barang zda dan balik rumah. Zda tido rumah mlm nie pasal esok saya nak ikut dia masuk sekolah. Sampai rumah baru perasan tayar kereta hubby pancit...hehehhe....

19.06.11 (5.30pg) Perjalan ke Sk nanga bangkit bermula bersama dengan cikgu Zda. Mengambil masa lebih kurang 2jam untuk sampai ke Song daripada jeti di bandar Sibu. Melihat dari cermin bot..hanya kelihatan kabus pagi. Setelah sampai ke pekan song, maka saya menemani cikgu zda bershoping barang dapur lah sedikit. Memasuki pasar, wah bau yang harum..daging bakar..skali tgk..babi panggang..terpadam niat nak makan...sementara menunggu AhHai, kami makan lah dulu..makan roti canai kosong. Menaiki perahu AhHai mengambil masa pun 2 jam untk sampai ke SK. Nanga Bangkit (SKNB). Jadi jumlah keseluruhan perjalanan adalah 2 jam.  

(12.30tgh hari) sampai ke SKNB. Seterusnya memulakan langkah kaki memanjat bukit untuk sampai ke rumah cikgu zda. Cikgu zda berkongsi rumah dengan teacher nor dan berjiran dengan cikgu syak. Pada awal dengan penuh tenaga panjat tangga nie...lama..lama...

aku: zda, jauh lagi ke rumah u? (dgn nafas hampir putus)
zda: kita dah nak sampai, itu pintu rumah i. 

Huh!!! lega mendengar nya...masuk rumah minum air terus tdo...penat giler rasa..2 lah lama sangat x bersukan. Malam nya aku teman zda ke sekolah. Tengok2 budak2 prep..

20.06.11 (6.00ptg) turun ke sungai...tengok2 sungai sambil berendam..best dapat berendam dalam sungai nie. Kerana cuaca kat area SKNB lagi panas berbanding cuaca di Sibu. Buktinya bibir aku kering sampai berdarah.

23.06.11 (1.30) perjalanan pulang ke Sibu. Menaiki perahu yang ditempah. Jumlah penumpang 5 orang. (zda, aku, nor, syak dan faizal). Masa mula2 datang naik perahu AhHai ada bumbung. tapi perahu ari nie tak ada bumbung. so faham2 sendiri lah mcm mana panas nyer. Sampai dipekan song sekitar jam 3.00ptg. Kat sini berkenalan dengan kawan2 cikgu yang lain. Ramai kawan2 mereka. Jam 4.00ptg mula menaiki bot express. Apa yang mencabar dan berbahaya kali nie, adalah kami terpaksa menaiki bumbung bot. Kerana bilangan penumpang yang ramai. Apa yang best? pemandangan dari atas bot ini menenangkan jiwa. 

(6.00ptg) Hubby dtg jemput kat jeti...hubby tanya nape pakai blusher tebal sgt..(dlm hati fhm lah kulit ku merah terbakar) huhuhu...nasib 2 ari lps 2 hilang kesan terbakar 2.

Seterusnya kita tengok gambar k..
Gaya Atas bot 1

Gaya atas bot 2

Possing atas bumbung

Another Nikon...

view 1

View 2

SKNB dari rumah cikgu

Sungai 1


View 2

Possing atas bumbung bot 2

Tayar Pancit....Baru test power buat driff skit...kalu x mst wat lg power....

Mcm nie cara makan roti canai di Song.

Ini dalam AhHai...

Ini dalam perahu tempah...mahal woo tambang ..RM50....

Photo Album Outdoor Lak

Assalamualaikum...lama x update blog, bukan apa bz skit skrg...ari ada peluang lebih skit nak update cerita...pasal photo album outdoor lak..nama photo album outdoor pasal semua gambar yg di shoot time kat luar rumah dari pada mula kenal sampai kawen...termasuk honeymoon...best kan...hiihihi...photo album nie lagi besar dari yg kawen punya. tapi yg best dapat potongan 75% dr my flipix, so harga jadi lagi murah lah kan... nie nak letak gambar photo album taw... tgk2 lah yer...




 cukup kan 3 kping photo nie..nant update photo album si kecil lak..tara dan shu.... x sabar nak tgk nie...

Cover photo album tara n shu...
nant dah sampai, i update taw....tunggu...

Sabtu, Julai 02, 2011

Urut...

Hai semua...entry kali nie agak sedih... huahuahua...

Beberapa hari lepas aku telefon rumah kat terengganu. Pastu borak skejab dengan mak aku...aku pun tanya 'cik buat apa?'. mak aku jawab...'tengah baring-baring, lenguh, tak ada yang nak urut.'.. sedih aku dengar mak aku ckp mcm 2... huahuahua....

♥♥♥ My Mom♥♥♥


Jumaat, Jun 24, 2011

Adegan Cium

Kenapa title kali nie adegan cium…sapa suka tengok adegan nie..sila angkat tangan? Sebenarnya bukan nak cakap pasal keseronokkan atau keasyikan menonton adegan ini. Tapi nak bercerita pasal musibah akibat adegan ini dipertonton secara terbuka oleh masyarakat kanak-kanak. Kanak-kanak adalah taman yang bakal dibentuk, di ubahsuai dan di kemaskini oleh masyarakat dewasa. Masyarakat dewasa bertindak sebagai penjaga, maka masyarakat dewasa pun membuat tapisan tayangan bagi kanak-kanak, cerita yang berlabel 12thn ke atas tak diberi tonton. Maka selamat lah taman ini! Selamat ker?

Belum pasti selamat dari adegan ini. Cerita kartun dan animasi? Ini cerita yg sering kita lupa…cuba tgk gambar di bawah dan kenal pasti itu cerita apa:








Nah! Semua cerita anak-anak kecil diberi tengok dan dipertonton secara umum. Adakah ini ajaran islam? Mana mungkin agama yang suci, bias membentuk jiwa2 jihad kepada Illahi mengajar ini. Ini pasti angkara musuh2Nya. Menyelinap masuk secara baik mengaburi mata masyarakat dewasa yang telah banyak melakukan zina mata, seterusnya mencemari kejernihan jiwa2 kecil yang baru hendak mengenal apa itu kehidupan.

 BAHAYA ADEGAN CIUM…JAHANAMKAN TAMAN-TAMAN COMEL KITA!!!

Selasa, Jun 14, 2011

Lukisan Sibu 1

Kenapa entry nie 'Lukisan sibu 1'? Ini kerana lepas nie mesti akan ada gambar2 dari sekitar sibu lagi. Mula2 jejak kaki ke bumi sibu, nampak lapangan terbang.." dlm kepala: besa je airport dia" pastu x tunggu kawan dan balik rumah. So x da lah ambik gambar kat airposrt sibu. Ok kita tengok gambar 1st round yer...

Ini laluan nak ke bandar. Aku suka laluan nie, dengan pohon2 rendang menutupi jalan. Setiap kali lalu sini akan ada perasaan romantis. Ye lah, cantik kalu leh wat photoshoot kat sini. Tp cuaca ken ok lah kan. Time ambik nie, sengaja di perlahankan kelajuan kereta. (nikon D3000)

Sebelum balik KL untuk urusan kawen2, ktorg minum dulu kat cafe airport sibu. Flite pagi. Minuman dia kat sini ok lah, sedap lg mak saya buat. yang best sini pagi2 banyak kuih2. Walaupun seringkali rasa kuih-muih semenanjung agak berlainan di sibu. Kerana mood ker kerana mmg rasa nya mcm 2. Ntah lah kan. Mmg betul org kata makanan di kawasan borneo nie sedikit mahal berbanding semenanjung. Tapi kat sini masih boleh dapat nasi lemak RM1 kat pasar permai pada hari biasa dan kat farley weekend. Nasi lemak RM1 kat farley lg sedap, tp sambal kat pasar permai lg syiok!. (nikon D300)

Gambar dolphin malam2..time nie lepas kuar dgn zda n faizal. Sbb esok dorg nak g masuk sekolah pedalaman 2, Maka hanya aku dan dia yang buat photoshoot. hari 2 jugak merupakan 1st time aku jupe sorg lagi cikgu sekolah zda..cikgu nor (nikon D3000)

Ini lah yang membuat aku jatuh hati. Saujana mata memandang. (Lumix)

Sekarang aku hanya masukkan 4 keping gambar dulu. nant akan letak lg gambar pemandangan yang cun melecun taw. Lapangkan hati anda melihat pemandangan anugerah Illahi nan indah ini. CiptaanNya yang tiada tandingan oleh ciptaan manusia.

Naimy Art