Jumaat, Disember 09, 2011

Kenangan Terindah

Hadiah perpisah untuk rakan pejabat...
Setelah lama bersama di tempat kerja, sedih lah pulak nak berpisah. Jangan jadikan perpisahan sebagai pemutus. Ini adalah cenderahati yang diminta oleh seorang pelanggan untuk dua orang rakan sekerja yang akan berhenti. Walaupun ia tidak seberapa, tapi amat menarik dan bermakna apabila di abadikan dengan photo beramai-ramai dan mengikut warna kesukaan sahabat tersebut. Ini lah tempahan bulan november hari tuuueee...

Rabu, Disember 07, 2011

Tomato Ceri

Hasil pertama tanaman ini....
Pokok Tomota Ceri di laman rumah...
Ini adalah pokok tomato ceri sumbangan bekas pengarah JKM,Cawangan Sibu kepada kami. Oleh kerana kami tiada pengalaman menjaga, .so sebelum terlambat cari lah cara-cara nak jaga pokok nie..dan terjumpa lah satu cara dari blog satu mamat nie...insyalah menjadi...

Cara terbaik menjaga pokok tomato ceri.

Pokok yang sihat adalah dari akar yang sihat. Jadi, media tanaman perlu dari bahan terbaik. Antara contoh media yang baik ialah campuran dari sabut kelapa, sekam arang dan bahan organik bukan dari animal dung(najis haiwan)seperti kambing, ayam dan lembu. Terbaik adalah dari vermicompos cacing. Caranya dengan campurkan 1 bahagian sabut dan 1 bahagian sekam. Kemudian campurkan vermikompos cacing lebih kurang sebanyak 250 gm. Pengalaman saya menanam pokok ini, saya langsung tidak pernah menggunakan sebarang racun perosak. Jadi saya dapat menikmati buah yang asli (organik) dan bebas dari sebarang bahan bahaya. Sungguh enak di makan begitu saje. Pastikan ia tak terdedah pada terikan matahari yang melampau.
p/s: maklumat ini di ambil dari  blog saudara Ismi Ahmad Helmi 

Nikon DH2

Nikon DH2  di bawah adalah milik adinda aku…1st time tengok time raya aji.  Selama nie hanya dengar dia bercerita jer... 


Perkahwinan I&N

Salam, kali nie perkahwinan sahabat Mr.Y yang merangkap sebagai pasangan pengapit majlis kami di KL dulu…bukan sahabat kepada sahabat ok... Ini merupakan perkahwinan sahabat yang pertama kami berpeluang hadiri setelah berkahwin. Maklum lah sewaktu  perkahwinan sahabat-sahabat yang lain kami tak ada di semenanjung. So apa yang jadi di Majlis perkahwinan ini….Jom ikuti cerita saya…

Perkahwinan nie berlangsung di Dewan Merak Kayangan Felda, pada 06.10.2011 jam 8.00malam. Untuk pengetahuan semua, pasangan ini telah selamat di ijab dan qabulkan pada 02.10.2011.
Jika dahulu, mereka menjadi pasangan pengapit kami, kini kami menjadi pasangan photographer mereka. Hehhee…oleh kerana kami tidak membawa pulang Nikon D3000, terpaksalah kami menggunakan Nikon D3100 hak milik pasangan pengantin dan Canon xxx hak milik pengapitnya. Pengapit pasangan ini iaitu Mr.S juga merupakan sahabat Mr.Y sejak sekolah rendah.  So saya pilih untuk guna Nikon D3100 manakala Mr.Y menggunakan Canon xxx. Haa….x lupa kami turut membawa photograoher kecil…it’is TARA…yang menggunakan camera Lumix DMC-L585 . Lumix DMC-L585 adalah hak milik Mr.Y, memang menjadi kebiasaan kami jika tidak membawa DSLR, kami membawa compact camera. Mana tahu ada moment2 yang syiok or menarik..dapat lah snap kan.  Kembali kita ke kisah majlis tadi ok…Macam biasa mana ada moment best dan menarik di majlis itu kami snap..tapi mintak maaf banyak-banyak pasal kami tak ambil lagi photo2 dari 2 camera tersebut, yang ada hanyalah photo yang di snap oleh TARA…

Antara acara yang menarik pada malam tersebut adalah tanyangan gambar dan nyanyian pengacara…waaa..pengantin lelaki nyanyikan ayat terakhir lagu My Baby You khas buat si isteri..so ROMANTIKA…  Kenapa tayangan gambar itu best, pasal ada gambar MR.Y time muda2 jugak…

Rasanya itu sahaja cerita tentang majlis kali nie…apa pun sebelum akhiri kita tengok photo-photo yang tak seberapa ini….

Kad jemputan

Bahagian dalam kad

Possing dalam bilik persiapan...

Perarakan pengantin...

Perkahwinan di Sibu, Sarawak



Assalamualaikum…Kali nie nak bercerita tentang perkahwinan yang berlangsung di Dewan xxx kat Sibu, serawak. Dewan ini terletak di Kg.Bandung… Sebenarnya perkahwinan nie dah berlangsung pada bulan julai lalu, tapi baru kali nie sempat nak bercerita tentang perkahwinan nie. Pasangan kali nie pun merupakan sahabat kepada sahabat.

Apa yang baru aku tengok dalam perkahwinan di sini adalah adat berebut makanan. Di mana pasangan pengantin akan duduk bersimpul dihadapan pulut kuning. Seterusnya mak andam akan membuka tudung saji. Siapa yang cepat cubit makanan dan suap pasangannya. Kira pengantin berebut makanan bukan untuk diri sendiri tetapi untuk pasangan lah kan.

Seterusnya apa lagi, nikmatilah suasana yang tak seberapa yang sempat di snap. Maklum lah nie perkahwinan sahabat kepada sahabat, maka malu lah skit hamba nak ke depan. Hihihi….so mana yang sempat je lah ek….

Tengah baca doa nie.....

Ada 2 goody beg yang aku dapat....hehehe...

Ini kak zila...from kuching.

Ini Nir...sama tempat keja dengan k.zila.