Rabu, April 12, 2017

Kids & picsart

Setiap kali buka #picsart dan buat design dgn anak2.. dorg akan suruh hantar dkat abi dorg. Dorg suka sangat kalau abi dorg cakap cantik.

pagi tadi buat design dengan hana. mula2 nak bentuk love, lepas tu nak pistol, lepas tue nak love banyak, last skali nak api.

ummu: hana nak tulis apa?
hana: hana sayang abi
ummu: ummu?
hana: ye lah ye lah... hana sayang ummu, toki, nenek, kakak

siap tulis... cakap dkat hana, ummu nak pergi masak. tapi dia suh hantar dulu dkat abi.

petang ni pulak,

humaira: cantik gambar ni. kenapa ummu buat tak ajak kakak. kakak nak hantar kat abi boleh?
ummu: kenapa nak hantar kat abi?
humaira: ini kan dia kata i love u. kakak sayang abi.

Ini lah gambar yang dorg nak hantar sgt dkat abi

Hakikat sifat Kehambaan

Jaga diri agar sentiasa waspada dari melakukan dosa yang tak di sengaja. Apatah lagi dosa yang nyata. Segala yang kita lakukan hendak lah niat demi Allah yang Maha Pencipta.

Jiwa akan derita jika kita lupa menjaga sifat kehambaan. Hakikat jiwa yang derita tak akan lihat dengan mata kasar tetapi ia dirasai oleh hati. Apabila hati tidak merasa aman, maka kembali lah kepada Allah, merujuk dan merayu kepadaNya agar ditunjukkan jalan mana benar dan mana perlu diambil.

Malu sesama manusia tidak sepenting malu kepada Allah kerana kita meminta dan merasa nikmatnya setiap hari. Jika kita malu orang melihat penampilan kita yang selekeh, adakah kita turut merasa malu bertemu Allah dalam keadaan diri penuh titik-titik hitam?

Nafsu jangan dituruti, sebaliknya didiklah nafsu menurut kehendak imam dan keperluan. Nafsu jika dituruti tidak akan pernah surut tetapi akan makin bertambah dan membebankan.

Peringatan untuk diri kerdil yang bergelar insan lemah. Adakala timbul keinginan dan kemahuan yang sia-sia. Bersyukur dengan apa yang ada...Insyalah Allah akan tambah.

Hujan Diskaun @ Bookcafe

https://bookcafe.com.my/en/?idev_id=1880


Sekarang tengah berlangsung acara HUJAN DISKAUN @BOOKCAFE sehingga 13april2017.

Antara tajuk buku yang dapat diskaun

60%

Tuhan Aku Kembali (Sham Kamikaze)
Fitrah manusia, mereka akan sentiasa mahu kembali kepada Tuhan.Inilah kisah penuh inspirasi, penghijrahan Sham Kamikaze, yang kembali menemui fitrahnya.Persoalan bila, bagaimana, dan mengapa penghijrahan itu berlaku, diceritakan kisah demi kisah. Sehingga akhirnya, beliau hidup sejahtera dalam dunia dakwah.Kisah-kisah yang boleh dijadikan sebagai titik mula, kepada sebuah penghijrahan.
Hadiah Buat Suami (Roza Roslan)
"Pandanglah... rambut beruban, mata semakin kabur, kudrat berkurangan cucu-cucu berlarian, dan anak-anak beredar pergi. Hadiah Buat Suami mengingatkan khalayak betapa pusingan kehidupan berkeluarga kembali ketika usia awal perkahwinan. Hanya berdua. Lalu Roza melalui kisah-kisahnya bertanya, " Masih ada cinta tersisa? Bukankah kita mahu bahagia di dunia dan akhirat? Tidak mahukah bertemu kembali di Firdaus?"
Revolusi IQ/EQ/SQ (Taufik Pasiak)
Apakah faktor yang membezakan kecerdasan Albert Einstein, Mike Tyson dan Michael Ballack dengan Adnan Okhtar (Harun Yahya), Dr. Zakir Abdul Karim Naik dan Ahmadinejad? 
Penjelasan lengkap dan terperinci mengenai proses minda manusia bekerja dan bagaimana emosi dan spiritualiti menempatkan diri dalam struktur minda. 
Apakah yang dikatakan mukjizat bahasa Quran dan bagaimana ia berperanan dalam menjelaskan kecerdasan minda manusia? 
Jawapan kepada persoalan mengapa Fikir, Zikir, Ilmu dan Nadzar dikatakan sebagai medan semantik minda manusia. 
 (p/s: kami dah beli dan baca sedikit buku ini...buku ini best)

 

I Love Blogging With Sis Hawa & Her Sponsors

Asslamualaikum, kali ini nak join segment 'I LOVE BLOGGING with sis Hawa & her SPONSORS'. Segmen kali ini kena jawab soalan cepu mas iaitu :

Apa yang menyebabkan anda rasa seronok untuk terus menulis blog?

Antara perkara yang menyebabkan rasa seronok untuk terus menulis blog adalah dapat berkongsi pengalaman dengan pembaca, dapat rasa apa blogger lain kongsikan di blog mereka dan akhir sekali sebagai panduan dan tempat meluah rasa tanpa menyakiti mana-mana pihak. Adakala kita tak mampu bercerita untuk meluah rasa, tetapi jari-jemari amat pantas menaip meluahkan rasa.

Kepada yang nak join boleh klik banner atas ok. :-)

 

Selasa, April 11, 2017

DAURAH FIQHIYYAH 'FIQHUN NISA'

Assalamualaikum, last week join seminar fiqhun nisa anjuran jabatan mufti. seminar ini memang best, rasa tak cukup masa. macam banyak lagi persoalan yang belum terunfkai. walau apa pun banyam juga persoalan berjaya di ungkai. kesinpulan, rugi kepada yang tak join... hehehhe...